banner_company

Syarikat Updates

Syarikat Updates

NEW IMAGE MEMNANGI PENGIKTIRAFAN HALAL BAGI KESEMUA PRODUKNYA

halal_header_my

Federation of Islamic Associations of New Zealand (FIANZ) telah memberi pengiktirafan formal kepada New Image bagi kesemua produknya. Federation of Islamic Associations of New Zealand (FIANZ) merupakan badan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Mereka telah menerima pengiktirafan bukan sahaja di New Zealand, malah dari pelbagai kerajaan antarabangsa, pertubuhan-pertubuhan Islam dan institusi-institusi pendidikan.

Click for details

 


 

Perlindungan Data Peribadi

Berkenaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini dirujuk sebagai ‘Akta tersebut’) yang dikuatkuasa pada 15hb November 2013, N.Z. New Image Sdn Bhd sedang memastikan bahawa ia adalah mematuhi Akta tersebut. Selaras dengan keperluan Akta, kami kini mengeluarkan Notis ini kepada semua wakil-wakil kami memaklumkan pengurusan data peribadi yang sebelum ini dikutip dari wakil-wakil kami.

1. DATA PERIBADI YANG TERSEDIA ADA

N.Z. New Image Sdn Bhd akan memproses data peribadi anda yang dinyatakan di bawah, yang telah diberikan oleh anda kepada NZ New Image Sdn Bhduntuk melaksanakan transaksi jualan langsung anda

1. Nama
2. Nombor Kad Pengenalan Baru dan Lama
3. Nombor Cukai Persendirian
4. Alamat
5. Emel
6. Nombor talipon bimbit
7. Nombor talipon rumah atau kerja
8. Nama bank
9. Nombor Akaun
10. Nama akaun

Dimana suami/isteri juga adalah wakil N.Z. New Image Sdn Bhd dibawah perjanjian wakil yang sama, kamu juga telah memberikan data berikut:

11. Nama suami/isteri
12. Nombor Kad Pengenalan Baru suami/isteri

(Data yang dinyatakan dalam butiran 1 hingga 12 di atas adalah secara kolektif dirujuk sebagai ‘data peribadi’)

2. PENGGUNAAN DATA

N.Z. New Image Sdn Bhd akan menggunakan dan/atau memproses data peribadi bagi, antara lain, tujuan-tujuan berikut.

• Memaklumkan wakil-wakil kami tentang produk baru / promosi / berita syarikat.
• Pembayaran komisen yang diperolehi.

3. PENDEDAHAN DATA PERIBADI ANDA

N.Z. New Image Sdn Bhd akan menyimpan data peribadi anda dengan sulit dan tidak akan didedahkan bagi apa-apa tujuan selain tujuan dimana data peribadi dikutip pada masa ianya diberikan kepada kami. Walau bagaimanapun, pada keadaan tertentu, data peribadi anda mungkin akan didedahkan kepada mana-mana pihak lain yang diwajib atau yang dikehendaki oleh Akta tersebut.

4. KESELAMATAN

N.Z. New Image Sdn Bhd akan menyimpan dan memproses data peribadi anda dengan cara yang selamat, dimana ianya dapat dilaksanakan, mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan untuk menghalang pemprosesan data peribadi anda yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang, termasuk kehilangan, salah guna, pengubahsuaian, akses atau pendedahan yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja, pengubahan atau kemusnahan.

5. PENYIMPANAN DATA

Data peribadi yang diproses tidak akan disimpan lebih lama daripada yang perlu selepas penamatan perjanjian wakil antara anda dan NZ New Image Sdn Bhd. N.Z. New Image Sdn Bhd akan mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa semua data peribadi dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal jika ia tidak lagi diperlukan bagi tujuan dimana data peribadi diproses.

6. AKSES DAN PEMBETULAN DATA PERIBADI ANDA

Sekiranya anda ingin mengakses, membuat apa-apa pertanyaan atau menukar data peribadi anda, anda boleh menhubungi N.Z. New Image Sdn Bhd sebagai di bawah:

Alamat:
L3-2, Axis Technology Centre,
No. 13, Jalan 225, Seksyen 51A,
46100 Petaling Jaya, Selangor
No. talipon: 03-79403688
No. fax: 03- 79403600

Emel: mysupport@newimageasia.com
Untuk Perhatian: Ooi Swee Chuan

 


 

Notis Larangan,

Sila ambil perhatian bahawa hak anda untuk menjual produk Syarikat adalah berdasarkan lesen jualan langsung Syarikat yang diberikan di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.

Di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993, anda sebagai pengedar Syarikat tidak boleh menjalankan jualan langsung, menurut definisinya, di tempat perniagaan yang tetap. Syarikat telah menyatakan larangan ini dengan jelas di bawah Fasal 10 Terma dan Syarat Perjanjian bahawa anda tidak boleh menjual atau cuba untuk menjual produk Syarikat di kedai runcit. Atas sebab yang sama, anda dilarang daripada memaparkan apa-apa bahan iklan termasuk bunting tentang produk Syarikat di mana-mana tempat perniagaan yang tetap seperti farmasi, klinik dan rumah kedai / kedai runcit.

Anda hendaklah mengambil perhatian bahawa apa-apa pelanggaran Akta Jualan Langsung dan Anti-Piramid Akta Skim 1993 akan menyebabkan lesen jualan langsung Syarikat dibatalkan. Oleh itu, Syarikat mengambil pandangan yang serius terhadap tingkah laku anda dalam menjual atau mengiklankan produk Syarikat di tempat perniagaan yang tetap dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah tegas untuk menamatkan Perjanjian Pengedar anda sejurusnya komisen anda akan dibatalkan.

Anda juga hendaklah mengambil perhatian bahawa Syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang pembelian produk tersebut dari mana-mana tempat perniagaan yang dilarang seperti farmasi, klinik atau rumah kedai / kedai runcit.”

Pihak Pengurusan
N Z New Image Sdn Bhd

Notis Larangan

 


 

PENDAFTARAN AHLI BARU

Sila ambil perhatian bahawa berkuatkuasa dengan segera semua pendaftaran ahli baru mesti disertai dengan salinan KAD PENGENALAN (IC/Mykad) untuk warga Malaysia serta salinan buku akaun bank atau penyata untuk mengemaskini akaun bank masing-masing. Manakala untuk warga asing, sila sertakan salinan Pasport.

Ini adalah kerana semasa proses pengauditan, kami telah mendapati duplikasi pendaftaran ahli baru.

Anda boleh menyerahkan pendaftaran ahli baru tanpa salinan IC/Pasport sehingga hujung bulan Jun 2013. Walau bagaimanapun, anda dikehendaki mengemukakan salinan tersebut dalam minggu pertama Julai untuk memproses pendaftaran anda.

Sila ambil perhatian bahawa pendaftaran duplikasi akan ditolak semasa penghantaran dan kami akan menamatkan pendaftaran duplikasi yang sedia ada tanpa sebarang notis.

Terima Kasih
Pihak Pengurusan

Pendaftaran Ajli Baru

 


 

Tarikh: 24 May 2013

EDUCATION & TOUR FUND – TERMS & CONDITIONS

1.Qualifying terms: Ruby status and above.

a.For members on Autoship agreement – 800PV

b.For members on Non-Autoship agreement – 150/1200 PV/GV

2.Travel fund is valid for 2 (two) years from the date of accumulation.

3.Extension of 1 (one) year is given for members depending on the growth of their business.

4.Travel fund is automatically TERMINATED upon termination of membership.

5.Travel fund is NOT transferable and NOT exchangeable for cash or products of equivalent value.

6.Travel fund can ONLY be utilised by the registered member and his/her spouse.

7.Usage of a travel fund for a company, at any overseas function, maximum number of usage at any one time is limited to two directors/shareholders of an organisation.

8.Travel fund can only be utilized for company organized trips as it is meant for the promotion, education and motivation of members.

Thank you for your kind understanding and cooperation. Should you need any clarification please contact the office.

NOTE: The Management reserves the right to amend/change the abovementioned terms at any one time without prior notice.

Thank you.

Education and Tour Fund

 


 

Tarikh: 9 May 2013

NOTIS PENTING TENTANG ETIKA PENJUALAN LANGSUNG

Notis ini diberikan kepada ahli bahawa ahli tidak boleh berkelakuan dalam sedemikian cara yang berikut yang akan menjejaskan kepentingan Syarikat. Kelakuan seperti itu termasuk tetapi bukan mengehadkan, untuk meningkatkan perniagaan atau produk syarikat jualan langsung lain serta menarik anggota kami, dengan apa-apa cara, terlibat dalam syarikat jualan langsung lain, untuk merugikan Syarikat serta menyebarkan maklumat tidak tepat atau salah tentang struktur pengedaran Syarikat. Tindakan tegas seperti penamatan perjanjian akan diambil ke atas ahli yang melakukan kelakuan seperti itu.

 


 

Tarikh: 10 April 2013

How to check that you’re buying genuine New Image products